Thursday 8 December 2016

SUKEM

Assalamualaikum dan hai semua :)
Ha ! Buat apa tu ?! Tengok apa tu ? hehe apa khabar semua ? sihat? 
Lama dah tak tulis a.k.a menaip dekat blog ini. Jadi agak kekok sikit .

okay kali ini aku nak cerita sedikit mengenai Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKEM.

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai SUKEM adalah pertandingan sukan tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di peringkat kolej kediaman, Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/ i (JAKSA) bertanggungjawab mewujudkan sekretariat khusus yang akan membantu pengerusi biro menguruskan dan memastikan keperluan atlet, sekretariat dan penyokong di tahap optimum selain menjadi perantara penting antara Pusat Sukan dengan pihak pengurusan kolej dan antara pihak pengurusan dengan atlet.

Aku memang dah lama tak bersukan, bila pertama kali kawan aku ajak, aku macam ......... hahhahaha faham faham lah kan ! So aku masuk SUKEM ni secara suka suka sahaja. Walaupun aku masuk secara suka suka, tapi aku seronok sebab ahli pasukan aku semuanya supportive ! Tak menyesal sertai Pasukan Bola Baling KUO :) 




Muka bahagia menang second game

Kami membaca doa sebelum perlawanan bermula.
  

Bergambar itu pasti:)

Ahli Pasukan yang sporting semua :)

No comments:

Post a Comment