Monday 5 December 2016

KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)

Hye guys! Bertemu lagi kita di entry seterusnya. Kaliini aku nak cerita pulak mengenai kolej kediaman aku iaitu KOLEJ UNGKU OMAR (KUO).

Untuk permulaan, aku akan kenalkan serba sedikit mengenai Kolej Ungku Omar (KUO). KUO dibina pada 23 Jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.
SIAPAKAH UNGKU OMAR?
Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang. Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau sendiri ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.
 Pandangan pertama aku mengenai KUO ini ialah kolej ini agak menariklah. Banyak kemudahan yang disediakan. Yang paling penting ialah terdapat unlimited internet. Kau gunalah internet sesuka hati kau. Memang best lah aku cakap. hehe. 

Aku perkenalkan barisan felo KUO yang sporting semuanya.

Seterusnya, barisan Majlis Eksekutif Pelajar KUO :


Itu sahaja daripada aku, sekian. Terima kasih kerana sudi membaca :)


"OVERCOMES MY LIMIT"




No comments:

Post a Comment