Monday 5 December 2016

SEPET

Kali ini aku nak cerita pasal kelab yang aku sertai di Ungku Omar iaitu SEPET.

APA ITU SEPET ?!

 Mesti korang tertanya apa itu SEPET kan ? Okay SEPET stand for "Seni Persembahan Teater". Pada hari Isnin bersamaan 28 November 2016 telah berlangsungnya pertandingan antara Kelab Teater Kolej kediaman di UKM. Jadi Kelab Teater kolej kami telah mempersembahkan sebuah teater bertajuk "MAHKAMAH". Teater kami berlatarkan komedi seram. 


Aku bukanlah pelakon sampingan, pelakon utama tidak sama sekali. HAHAHAHA. Aku hanyalah ahli kostum yang menyediakan pakaian bag para pelakon. Memang sangat rumit untuk kami meyediakan baju mereka. Dengan ketiadaan mesin jahit di kolej, kami hanya menjahit secara manual iaitu menggunakan benang dan jarum dan kami yang jahit sendiri. Memang pengalaman yang berharga kerana pada waktu beginilah kami dapat berganding bahu sesama ahli. Berkat usaha yang kami lakukan, kami berjaya memperoleh TEMPAT PERTAMA dalam bahagian kostum dan prop. Pengorbanan yang sangatlah berbaloi. Di samping, kami mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan. Alhamdulilllah, bila sudah rezeki pasti akan ada ganjarannya.


Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi baca blog aku :)


"OVERCOMES MY LIMIT"




No comments:

Post a Comment