Sunday 4 December 2016

PERMANIS

Assalamualaikum dan hai semua:)
Entry untuk kali ini ialah mengenai PERMANIS. 

Apakah itu PERMANIS ?



Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan (PERMANIS) merupakan salah sebuah badan persatuan anak negeri yang berdaftar secara sah dibawah Universiti Kebangsaan Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1977

Sepanjang penubuhannya, persatuan ini telah menumpukan perhatian kepada kebajikan anak-anak Negeri Sembilan yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan melaksanakan program-program yang bersifat kemasyarakatan, kepimpinan, latihan kendiri serta akademik. 

Program-program yang dilaksanakan bagi mendokong Visi Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.




1 comment:

  1. Thanks, artikel yang menarik tentang PERMANIS UKM.Btw, suka ayat" Simpan tak kaya, bagi tak miskin".

    ReplyDelete