Tuesday 13 December 2016

INTERVIEW

Lanjutan daripada penulisan sebelum ini, aku dan rakan-rakan berpeluang untuk menemuduga salah seorang pengurus DE'XANDRA.

Nak tahu sebab apa pergi sana ? Semuanya sebab assignment ! Hahahaha. Mungkin kalau bukan sebab assignment, kami tak berpeluang nak pergi kesana. 

Aku berpeluang melihat bagaimana cara pengurusan dan cara pembuatan minyak wangi DE'XANDRA itu sendiri, Memang menarik :D

dikelilingi minyak wangi !

Sesi berborak bersama pengurus de'xandra

DE'XANDRA

Assalamualaikum dan hai :)
Penulisan kali ini , aku nak cerita sedikit mengenai DE'XANDRA.
Serba sedikit pengenalan mengenai DE'XANDRA

Pengasas De'Xandra PUAN ERNAYANEE NUR BINTI JULAIMI mewujudkan produk De'Xandra selepas 5 tahun beliau berniaga PERFUMES dari pelbagai jenis perfumes iaitu dari Pati Perfumes sehingga ORIGINAL PERFUME. Beliau banyak membantu pelajar & surirumah berniaga secara online menggunakan program DROPSHIP BELIAU sehinggakan 1 hari beliau merasakan ramai lagi tidak terbantu disebabkan PERMINTAAN perfumes yang beliau terima melebihi dari PENGELUARAN yang dapat di hasilkan.
 ( DEMAND > SUPPLY )

Disebabkan kesukaran mendapat stock & stock adalah terhad beliau merancang hampir setahun untuk mengeluarkan PERFUMES sendiri & Kajian beliau selama 5 tahun mendapati terdapat 3 ciri-ciri permintaan yang paling utama ramai penggemar perfumes cari.

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET
Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT
" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 


CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA​ PERFUMES.

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

Thursday 8 December 2016

SUKEM

Assalamualaikum dan hai semua :)
Ha ! Buat apa tu ?! Tengok apa tu ? hehe apa khabar semua ? sihat? 
Lama dah tak tulis a.k.a menaip dekat blog ini. Jadi agak kekok sikit .

okay kali ini aku nak cerita sedikit mengenai Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai SUKEM.

Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia atau dikenali sebagai SUKEM adalah pertandingan sukan tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di peringkat kolej kediaman, Biro Sukan dan Rekreasi, Jawatankuasa Kebajikan Siswa/ i (JAKSA) bertanggungjawab mewujudkan sekretariat khusus yang akan membantu pengerusi biro menguruskan dan memastikan keperluan atlet, sekretariat dan penyokong di tahap optimum selain menjadi perantara penting antara Pusat Sukan dengan pihak pengurusan kolej dan antara pihak pengurusan dengan atlet.

Aku memang dah lama tak bersukan, bila pertama kali kawan aku ajak, aku macam ......... hahhahaha faham faham lah kan ! So aku masuk SUKEM ni secara suka suka sahaja. Walaupun aku masuk secara suka suka, tapi aku seronok sebab ahli pasukan aku semuanya supportive ! Tak menyesal sertai Pasukan Bola Baling KUO :) 




Muka bahagia menang second game

Kami membaca doa sebelum perlawanan bermula.
  

Bergambar itu pasti:)

Ahli Pasukan yang sporting semua :)

Monday 5 December 2016

SEPET

Kali ini aku nak cerita pasal kelab yang aku sertai di Ungku Omar iaitu SEPET.

APA ITU SEPET ?!

 Mesti korang tertanya apa itu SEPET kan ? Okay SEPET stand for "Seni Persembahan Teater". Pada hari Isnin bersamaan 28 November 2016 telah berlangsungnya pertandingan antara Kelab Teater Kolej kediaman di UKM. Jadi Kelab Teater kolej kami telah mempersembahkan sebuah teater bertajuk "MAHKAMAH". Teater kami berlatarkan komedi seram. 


Aku bukanlah pelakon sampingan, pelakon utama tidak sama sekali. HAHAHAHA. Aku hanyalah ahli kostum yang menyediakan pakaian bag para pelakon. Memang sangat rumit untuk kami meyediakan baju mereka. Dengan ketiadaan mesin jahit di kolej, kami hanya menjahit secara manual iaitu menggunakan benang dan jarum dan kami yang jahit sendiri. Memang pengalaman yang berharga kerana pada waktu beginilah kami dapat berganding bahu sesama ahli. Berkat usaha yang kami lakukan, kami berjaya memperoleh TEMPAT PERTAMA dalam bahagian kostum dan prop. Pengorbanan yang sangatlah berbaloi. Di samping, kami mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan. Alhamdulilllah, bila sudah rezeki pasti akan ada ganjarannya.


Sekian sahaja. Terima kasih kerana sudi baca blog aku :)


"OVERCOMES MY LIMIT"




KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)

Hye guys! Bertemu lagi kita di entry seterusnya. Kaliini aku nak cerita pulak mengenai kolej kediaman aku iaitu KOLEJ UNGKU OMAR (KUO).

Untuk permulaan, aku akan kenalkan serba sedikit mengenai Kolej Ungku Omar (KUO). KUO dibina pada 23 Jun 1976 dan siap pada 7 Januari 1978 dengan keluasan 220 kaki persegi. Kolej Ungku Omar mempunyai 4 blok asrama, 23 blok pangsasiswa dan 3 blok pangsarama yang mampu menempatkan seramai 1024 orang penghuni. Dengan akronim KUO, kolej ini dinamakan sempena seorang tokoh perubatan negara – Allahyarham Prof. Dato’ Dr. Ungku Omar bin Ahmad.
SIAPAKAH UNGKU OMAR?
Beliau dilahirkan pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang. Beliau adalah seorang yang prolifik menghasilkan 40 kertas kerja dalam bidang perubatan. Prinsip “kesihatan itulah kemajuan” dan “tak sihat manakan maju” telah ditegaskan oleh beliau sendiri ketika memperjuangkan bahasa Melayu dalam perubatan Negara.
 Pandangan pertama aku mengenai KUO ini ialah kolej ini agak menariklah. Banyak kemudahan yang disediakan. Yang paling penting ialah terdapat unlimited internet. Kau gunalah internet sesuka hati kau. Memang best lah aku cakap. hehe. 

Aku perkenalkan barisan felo KUO yang sporting semuanya.

Seterusnya, barisan Majlis Eksekutif Pelajar KUO :


Itu sahaja daripada aku, sekian. Terima kasih kerana sudi membaca :)


"OVERCOMES MY LIMIT"




Sunday 4 December 2016

The National University of Malaysia (UKM)

    Assalamualaikum dan hai semua :)
Pada hari ini aku nak cerita serba sedikit tentang UKM !

PENGENALAN 

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampusutama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.
Keperluan pendidikan tinggi untuk orang Melayu mula dibangkitkan pada 1903 dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja. Pada tahun 1917, Za'ba, seorang cendekiawan membangkitkannya dalam akhbar Lembaga Melayu. Ini diikuti pada tahun 1923, seorang tokoh pendidik A. Kadir Adabi, mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Selepas merdeka, masalah perlanjutan pelajaran bagi pelajar sekolah menengah aliran Melayu dan sekolah agama Islam menyemarakkan lagi idea ini.
Kini UKM telah berkembang pesat dan mempunyai 13 buah fakulti,14 buah institut, 12 buah pusat, dan sebuah sayap swasta UKM Holdings Sdn Berhad. UKM merupakan salah sebuah daripada 4 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun 2012 bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya dan menduduki tangga ke-53 (2011) dan ke-58 (2012) dalam ranking QS Top 500 Asian University Rankings. [1]

SEJARAH PENUBUHAN

  • Tahun 1930-an lagi cendekiawan dan politikus Melayu mendesak Kerajaan British menyediakan kemudahan pendidikan tinggi kepada anak-anak Melayu. Antara tokoh tersebut ialah Abdul Kadir AdabiPersatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung pula mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di peringkat universiti.
  • 1963 Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Hasil seminar ini mahukan universiti yang ‘benar-benar bercorak kebangsaan’. Sebuah universiti Islam turut dibincangkan.
  • 25 Ogos 1968, penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin WahidAbu Bakar HamidTunku Shamsul BahrinSyed Husin Ali dan lain-lain.
  • 18 Mei 1970 Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini hasil citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Ada 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam. Ramai tenaga pengajar diambil dari Indonesia.

SENARAI FAKULTI FAKULTI, INSTITUT & PUSAT

Fakulti[sunting | sunting sumber]

  • Fakulti Ekonomi & Pengurusan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Pengajian Islam
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
  • Fakulti Sains & Teknologi
  • Fakulti Teknologi & Sains Maklumat
  • Fakulti Undang-Undang
  • Graduate School of Business

Institut[sunting | sunting sumber]

  • Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
  • Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
  • Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
  • Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
  • Institut Perubatan Biologi Molekular (UMBI)
  • Institut Kajian Oksidental (IKON)
  • Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
  • Institut Perubahan Iklim (IPI)
  • Institut Islam Hadhari
  • Institut Sel Fuel
  • Institut Kajian Etnik (KITA)
  • Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB)

Pusat[sunting | sunting sumber]

  • Pusat Kejuruteraan Tisu
  • Pusat Perancangan Korporat dan Kepimpinan(PPKK)
  • Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
  • Pusat Pembangunan Akademik
  • Pusat Jaminan Kualiti (KUALITI UKM)
  • Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
  • Pusat Pengurusan Siswazah
  • Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi
  • Pusat Akreditasi Pembelajaran
  • Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
  • Pusat Kepimpinan Wanita (PKW)
  • Pusat PERMATApintar Negara
  • Pusat Pemerkasaan Remaja
  • Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
  • Penerbit UKM
  • Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Pejabat Pengurusan Risiko
  • Pusat Islam

SENARAI KOLEJ KEDIAMAN UKM



Untuk pengetahuan semua, aku merupakan pelajar tahun 1 sem 1 dan merupakan pelajar FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN. Aku mengambil subjek bisnes sebagai major. Oh dan lagi satu, aku merupakan penghuni KOLEJ UNGKU OMAR (KUO). HUHU :) Hidup Omarian!


Itu sahaja buat penulisan kali ini, terima kasih sudi  baca :) 
Sekian.



"OVERCOMES MY LIMIT"





EKSPIDISI GUNUNG ANGSI

           
       Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia MountainsGunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 825 meter dari paras laut ataupun 2702 kaki. Pada 5 NOVEMBER 2016, untuk pertama kalinya aku berkesempatan untuk pergi mendaki gunung angsi dibawah program yang diianjurkan oleh PERMANIS. Memang agak memenatkan. Pengalaman yang diperoleh sangatlah berharga. Selain aku dapat melihat keindahan pemandangan dari atas gunug angsi, aku juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli PERMANIS.