Saturday 12 November 2016

SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

Assalamualaikum dan hai semua :)

     Apa khabar semua? Adakah anda sihat?huhu Semoga kita sentisa dilimpahi rahmat Allah. Inshaa Allah, amin. Baiklah pengisian blog pada kali ini adalah mengenai "SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI".

Apa itu SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI? Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah aku terangkan serba sedikit sejarah SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

SEJARAH          

     Silat ini datang dipercayai selepas kedatangan Islam di negeri ini. Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"
Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya. 

PENGASAS 

        
     Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak Ustaz Hanafi, dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui para guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).
  
    Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.
   Namun akhirnya, Ustaz Hanafi berjaya menemui Yahya Said, yang selama 40 tahun telah menyimpan amanat Panglima Tok Rashid. Silat Cekak akhirnya dilahirkan semula pada malam 5 Ramadhan, 1385 Hijrah (28 Disember 1965).
     Pada mulanya, silat ini dikembangkan di bawah pergerakan kebudayaan Perkumpulan Sari Seni Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sendiri ketika itu adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut melantik Yahya Said untuk mengajar Silat Cekak kepada semua ahli Seksyen Silat termasuklah beliau sendiri.
    Akhirnya, Ustaz Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya sendiri dan diberi mandat sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Yahya Said pula balik ke Perak dan tidak lagi mengajar setelah misi beliau membawa amanah Panglima telah berjaya dilaksanakan.
   Selepas dikhatamkan, Ustaz Hanafi mula mengembangkan silat ini, pada mulanya di Sungai Petani dan kemudiannya di Bukit Mertajam di antara tahun 1968 dan 1969.
     Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg. Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No. 32, Jalan Hj. Sirat, Kampung Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985.


SUKATAN PELAJARAN DAN PERINGKAT PERSILATAN

  • Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.
  • Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
  • Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah Asas dan Buah Jatuh jika pesilat Cekak lain cuba menggunakan buah Silat Cekak ke atas diri kita
  • Buah Serang - Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh menyerang sambil menangkap (cekak menyerang, cekak menangkap).
  • Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal. Pada peringkat ini juga para pesilat akan diajar cara - cara untuk berhadapan dengan pengamal seni beladiri yang lain.

          Untuk pengetahuan semua, sekarang aku tengah mempelajari Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi dibawah program Citra UKM. Peringkat persilatan yang tengah aku belajar adalah peringkat buah asas dan peringkat buah jatuh. Alhamdulillah setakat ini sukatan yang diajar tidak melanggar syariat islam. Bagi pelajar UKM, aku sarankan korang untuk sertai Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi samada melalui program citra mahupun dibawah kelab itu sendiri. Memang tak rugi sertai Silat ini. Baiklah, itu  sahaja  perkongsian aku pada kali ini. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat pada masa hadapan. Inshaa Allah :) Jumpa lagi di lain hari dan masa. Terima kasih sudi baca blog aku. Sekian.

Kalau korang tertanya tanya apa itu SILAT SENI CEKAKUSTAZ HANAFI, aku ada sediakan link untuk korang tengok serba sedikit. Semoga membantu :)

https://www.youtube.com/watch?v=aGmyOM0edGw
https://www.youtube.com/watch?v=_Jqjz4y8eJs




BUAH ASAS SILAT SENI CEKAK HANAFI


"OVERCOMES MY LIMIT"

No comments:

Post a Comment