Monday 14 November 2016

INTEJ

Assalamualaikum dan hai semua :)
Kali ini aku nak ceritakan sedikit mengenai sekolah menengah aku. Okay aku dari Intej ! Angkat tangan sikit siapa dari Intej :) huhu

     Sedikit pengenalan mengenai sekolah aku. Intej atau nama lainnya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol(INTEJ) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialaah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah aku merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah aku telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.


SEJARAH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2003.

Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.

Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.

Lambang SBPI jempol

VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

LAGU SEKOLAH

Tersergam megah namamu di persada,
Menjadi lambang kebanggaan semua,
Kita cemerlang, gemilang dan terbilang,
Di mata dunia.

Harapan semua tak kami persia,
Berbakti demi nusa bangsa,
Tabah gagah mendukung cita-cita,
SBPIJ berjaya.

Di sini kami sematkan ikrar murni,
Sedia berkorban demi ibu pertiwi,
Semua cabaran rela diharungi,
Teguh berbakti.

SISTEM RUMAH 

Seperti SBP lain, INTEJ juga menggunakan sistem rumah sukan. Antaranya ialah :

Tariq bin Ziyad (merah)
Hamzah bin Abdul Mutalib (hijau)
Usamah bin Zaid (kuning)
Khalid Al-Walid (biru)

    Okay nak cerita sikit, aku dulu rumah  Usamah Bin zaid. Memang best, semua cikgu sporting habis. Ketua rumah namanya Wan afiq tapi kami semua duk panggil dia "BANA" sebab dia ni lari laju. Laju sangat macamatletluar negara, memang kagum lah dengan dia ni. huhu. Dekat INTEJ ada 3 jeis aliran dan aku pelajar aliran Sains Tulen Perkaunan. Dekat sini aku nyatakan aliran menengah atas :

Tiga Pakej Aliran Menengah Atas

Aliran Sains Tulen Agama

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Bahasa Arab
Fizik
Kimia
Biologi

Aliran Sains Tulen

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Agama Islam
Fizik
Kimia
Biologi
Prinsip Perakaunan (pilihan)

Aliran Sains Teknikal

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Agama Islam
Fizik
Kimia
Teknologi Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan

Okay aku tahu, entry blog aku bosan. Tapi sekali lagi terima kasih kepada yang sudi membaca. I appreciated it. Love you guys :) 


Landskap SBPI Jempol.

     "OVERCOMES MY LIMIT"


No comments:

Post a Comment