Assalamualaikum dan hai semua :)
Baiklah pengisian blog aku pada kali ini adalah mengenai "Kursus Fasilitator Tahap 1".
Masih ingat lagi blog aku yang lepas mengenai UPSM?
Yang masih ingat tu tahniah! Yang tak ingat tu, hahahaha korang tengoklah sendiri.
Pada 22-24 Oktober 2016, aku telah menyertai Kursus Fasilitator Tahap 1 (KF1) anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) dengan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni(PMMPA). Seramai 78 orang yang telah menyertai KF1 ini.
Memang banyak aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ini berlangsung (tak rugi join).
Aktiviti pertama merupakan aktivti pembentukan kumpulan. Para fasi mengklasifikasikan kami kepada beberapa sifat peribadi seperti berani. Aku dengan rela hati pergi ke Kumpulan BERANI. (hahahah acah sikit) Selepas pembentukan kumpulan, kami diberi masa untuk melantik ketua kumpulan, menghasilkan motto, logo, pantun dan sorakan kumpulan kami sendiri. Kami disuruh membentangkan dikhalayak ramai. Banyak yang aku dapat daripada aktiviti pertama ini. Antaranya; melatih sikap kerjasama antara ahli kumpulan, berfikiran secara kritis dan pandai menghadapi cabaran.
Aktiviti seterusnya ialah "night walk" di dalm hutan pada tengah malam. Sebelum aktiviti bermula, kami disuruh untuk berkumpul. Fasilitator yang bertugas memberitahu pantang larang yang tidak patut kami lakukan sepanjang "night walk" berlangsung. Natijah daripada aktiviti yang dilakukan ialah "kegelapan malam" ibarat cabaran. Jika kita tidak berani untuk melawan atau menghadapi cabaran tersebut, kita tidak akan keluar daripada kepompong yang lama. Dalam konteks kita sebagai pelajar, sekiranya kita tidak berani mennghadapi cabaran, kita tidak akan cemerlang.
Selain itu, aktiviti explorace turut dijalankan. Sikap kerjasama antara kumpulan amat menyerlah ketika ini kerana kami bertungkus lumus untuk menghabiskan explorace ini. Banyak idea yang dapat dijana sepanjang aktiviti ini. Seterusnya merupakan aktivitiyang mencabar mental kami kerana para fasilitator memainkan peranan penting untuk kami memikirkan cara bagi "memadam api secara berpasukan". Haaaa ! waktu ni memang geram gila sebab mereka memang bagi tekanan kepada kami secara berterusan. Alhamdulillah setelah melakukan banyak kali percubaan, pada percubaan ke 144 kali kami berjaya memadamkan api secara berkumpulan.
Okay, banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi cukuplah ni. Akhir sekali, apa yang aku dapat daripada KF! ini ialah aku dapat melatih sifat kepimpinan dalam diri disamping dapat melatih diri menjadi seorang fasilitator yang kuat mental dan fizikal. Selain itu, pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah attau dalam kata lain "berfikir diluar kotak".
Itu sahaja untuk pengisian kali ni, terima kasih kerana sudi membaca penulisan aku yang tak seberapa ini. Doakan aku nak final ni.Seram kot. Hahahahaha. okay aku pun doakan korang berjaya :) Sekian.

*Gambar bersama barisan fasilitator UPSM
#gerakbersama
#kf1
#upsm
" OVERCOMES MY LIMIT"
No comments:
Post a Comment