Assalamualaikum dan hai semua :)
Mesti tertanya tanya apa benda "281016" ni kan ?!
Okay, sebenarnya ia merupakan tarikh family day aku di melaka. huhu :)
Jarang sebenarnya family aku nak buat family day ni. Antara sebabnya ialah kekangan masa dan kekangan wang. Semua busy dengan jadual masing masing. fuhhh.
Aku memang sangat gembira masa family aku termasuk family besar sebelah ibu bincang nak buat family day. Teruja gila kot! (hahaha) Dan kebetulan masa ni tengah cuti midsem. Memang aku ambil peluang join family day.
Yela kan, stress manjang duduk UKM ni. Banyak assignment nak kena hantar, dengan presentation lagi. Fuhhh, kehidupan universiti ni mencabar wei! Lagi- lagi aku daripada Matrikulasi. Nak cakap yang memang terasa sangat perbezaan dia! Tapi itu bukan penghalang buat aku untuk mengalahkan! Macam pendorong semangat lah semua ni . hahaha okay jauh melencong ni. Maafkan aku. Okay kembali kepada topik asal.
Nak cerita dekat sini, bincang punya bincang punya bincang, semua setuju pergi family day dekat melaka selama 3 hari 2 malam. First day sampai melaka, memang penat sangat sebab ambil masa yang lama juga untuk sampai sana atas sebab tak tahu jalan. Sampai sampai terus check in hotel. Memang terbaring atas katil lah ceritanya. (huhu)
*Hari first sampai melaka
Hari kedua, pagi pagi lagi kami sudah siap siap nak ke wonderland. Fuhhhhh sampai sana memang ramai orang sebab hari minggu kann.
*Gambar sebelum mandi
Nak dipendekkan cerita, aku dapat hilangkan stress aku dan dapat lupakan sekejap uni'S life. Memang seronok sebab sepupu semua sporting. Yang tua jadi muda kejap , yang muda kekal muda.
Malamnya kami ke dataran pahlawan. Kami naik beca, memang seronok sebab sepanjang perjalanan aku dapat tengok negeri melaka yang hidup. (kuala pilah malam malam kedai dah tutup, tu yang macam gayat sikit). heheheheh. Memang cantik wei aku cakap, percayalah cakap aku. (hahaha) Pakcik beca tu banyak cerita mengenai Melaka. Siap tunjuk lagi pokok melaka. (kelas kau jah)
*acah bawa beca lebih
Hari ketiga, kami pergi melawat muzium melaka dan erjalan jalan di sekitar bandaraya melaka.(kali ni jalan kaki je). Di bahagian belakang Taman Merdeka, terdapat beberapa buah muzium. Antaranya, Muzium Setem Melaka, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Muzium Layang-Layang dan Muzium UMNO. Sebuah kereta api dan kapal terbang lama jugturut dipamerkan di hadapan muzium tersebut.
kapal terbang semasa perang.
Kereta api tanah melayu pertama di melaka.
Puas berjalan jalan disekitar melaka, kami pun pulang. Ha sebelum pulang ke UKM aku sempat singgah di Pantai Klebang Melaka. Dekat sinilah aku mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan ahlli keluargaku yang lain. (sob sob sedih).
*My happy pills*
Setakat sini sahaja coretan aku hari ini. Terima kasih kepada yang sudi baca . Love you :)
"OVERCOMES MY LIMIT"
No comments:
Post a Comment