Monday, 14 November 2016

INTEJ

Assalamualaikum dan hai semua :)
Kali ini aku nak ceritakan sedikit mengenai sekolah menengah aku. Okay aku dari Intej ! Angkat tangan sikit siapa dari Intej :) huhu

     Sedikit pengenalan mengenai sekolah aku. Intej atau nama lainnya, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol(INTEJ) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Sekolah ini merupakan SBP yang ke-40 ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas SM Sains Kuala Terengganu dan juga SBP yang kelima di Negeri sembilan selepas SM Agama Persekutuan Labu. Sekolah ini terletak di pekan Batu Kikir, Negeri Sembilan. Sekolah ini terletak di sempadan antara daerah Jempol dengan Kuala Pilah. Bahau ialaah bandar terdekat dengan sekolah ini. Sekolah aku merupakan antara sekolah menengah terbaik di Negeri Sembilan. Sekolah aku telah mendapat status sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2011. Pada tanggal 18 September 2013, INTEJ telah berjaya mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.


SEJARAH

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol mula dibuka pada 7 Januari 2002. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol (SMKAJ) sebelum menjadi Sekolah Menengah Agama Persekutuan Jempol (SMAPJ). Kemudian, sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol (INTEJ) pada 3 Disember 2003.

Sekolah ini pada mulanya menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (SMKBK) selama hampir 7 bulan sementara menunggu bangunan sekolah siap dibina. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang. Sebelum kedatangan Puan Pengetua, Puan Rubiyah Harun pada 16 Mac 2002, tugas pengetua dipangku oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajjah Zabidah binti Haji Lasim. Bilangan guru pada ketika itu hanyalah seramai 16 orang dan seorang kakitangan sekolah. Bilangan pelajar tingkatan satu yang mendaftar adalah seramai 150 orang dan tingkatan empat seramai 29 orang.

Pada 8 Julai 2002, INTEJ telah berpindah ke bangunan rasmi sekolah yang terletak kira-kira 0.5 kilometer daripada SMKBK dengan keluasan kira-kira 48 ekar persegi dan dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang serba canggih bagi membolehkan para pelajar belajar dengan selesa dalam suasana kondusif.

Pada tahun 2003, bermula dari 8 Januari sehinggalah ke bulan Julai, seramai 188 pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu dan empat mendaftar secara berperingkat-peringkat di sekolah ini. Sehingga akhir Oktober, jumlah keseluruhan pelajar INTEJ adalah seramai 367 orang dan kakitangan akademik pula seramai 54 orang manakala kakitangan sekolah seramai 12 orang. Pada tahun 2003, dua aliran ditawarkan untuk pelajar tingkatan empat iaitu Sains Agama dan Sains Tulen.

Kini, bilangan pelajar di INTEJ telah bertambah sehingga lebih kurang 530 orang dan dibarisi seramai 58 orang guru dan 20 orang staf sokongan. Bertepatan dengan nama Integrasi yang telah diberikan, sekolah ini juga telah memperkenalkan tiga aliran yang boleh dipilih oleh pelajar peringkat menengah atas iaitu aliran Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal.

Lambang SBPI jempol

VISI SEKOLAH

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.

MISI SEKOLAH

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

LAGU SEKOLAH

Tersergam megah namamu di persada,
Menjadi lambang kebanggaan semua,
Kita cemerlang, gemilang dan terbilang,
Di mata dunia.

Harapan semua tak kami persia,
Berbakti demi nusa bangsa,
Tabah gagah mendukung cita-cita,
SBPIJ berjaya.

Di sini kami sematkan ikrar murni,
Sedia berkorban demi ibu pertiwi,
Semua cabaran rela diharungi,
Teguh berbakti.

SISTEM RUMAH 

Seperti SBP lain, INTEJ juga menggunakan sistem rumah sukan. Antaranya ialah :

Tariq bin Ziyad (merah)
Hamzah bin Abdul Mutalib (hijau)
Usamah bin Zaid (kuning)
Khalid Al-Walid (biru)

    Okay nak cerita sikit, aku dulu rumah  Usamah Bin zaid. Memang best, semua cikgu sporting habis. Ketua rumah namanya Wan afiq tapi kami semua duk panggil dia "BANA" sebab dia ni lari laju. Laju sangat macamatletluar negara, memang kagum lah dengan dia ni. huhu. Dekat INTEJ ada 3 jeis aliran dan aku pelajar aliran Sains Tulen Perkaunan. Dekat sini aku nyatakan aliran menengah atas :

Tiga Pakej Aliran Menengah Atas

Aliran Sains Tulen Agama

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
Pendidikan Syariah Islamiah
Bahasa Arab
Fizik
Kimia
Biologi

Aliran Sains Tulen

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Agama Islam
Fizik
Kimia
Biologi
Prinsip Perakaunan (pilihan)

Aliran Sains Teknikal

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Matematik Tambahan
Sejarah
Pendidikan Agama Islam
Fizik
Kimia
Teknologi Kejuruteraan
Lukisan Kejuruteraan

Okay aku tahu, entry blog aku bosan. Tapi sekali lagi terima kasih kepada yang sudi membaca. I appreciated it. Love you guys :) 


Landskap SBPI Jempol.

     "OVERCOMES MY LIMIT"


Saturday, 12 November 2016

SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI

Assalamualaikum dan hai semua :)

     Apa khabar semua? Adakah anda sihat?huhu Semoga kita sentisa dilimpahi rahmat Allah. Inshaa Allah, amin. Baiklah pengisian blog pada kali ini adalah mengenai "SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI".

Apa itu SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI? Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh, eloklah aku terangkan serba sedikit sejarah SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI.

SEJARAH          

     Silat ini datang dipercayai selepas kedatangan Islam di negeri ini. Silat ini dahulunya diajarkan hanya kepada para panglima di Kedah untuk menghalang pencerobohan luar ketika itu. Orang yang paling lama diketahui mempelajari silat ini adalah Panglima Ismail yang berkhidmat di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Panglima Ismail, pada suatu masa telah mengalahkan seorag Batak bernama Tuah (bukan Hang Tuah) di Kubang Kerian, Perak.
Seterusnya, silat ini diajarkan kepada Panglima Tok Rashid yang ketika itu terpaksa berpindah ke Perak kerana di tempat tinggalnya di Kedah ketika itu diserang wabak taun. Akhirnya, Panglima Tok Rashid mengamanahkan silat ini kepada Yahya Said (Pak Ya Said) dengan pesannya: " Kalau ada anak cucuku dari Kedah yang ingin belajar, hendaklah engkau pulangkan kembali"
Maka En. Yahya Said pun diamanahkan untuk menjaga silat ini, untuk diberikan kepada yang hak empunya. 

PENGASAS 

        
     Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad, pengasas dan pemimpin agung Silat Cekak Ustaz Hanafi, dilahirkan pada tahun 1923 di Kedah. Beliau memulakan pendidikan awalnya di sekolah Melayu Kampung Gunung, Alor Setar sebelum menyambung pengajian agamanya dengan beberapa orang ulama di Kedah. Bagi mendalami ilmu agamanya, beliau mengembara ke seluruh negara untuk menemui para guru yang dapat membimbingnya. Hasil penat lelah beliau berbalas apabila beliau menemui Tok Guru Pak Haji Zain bin Abdul Rahman yang dapat menghuraikan permasalahan Tauhid (soal ketuhanan di dalam agama Islam).
  
    Semangat kemerdekaan yang menyusup ke dalam jiwa penduduk Tanah Melayu ketika itu turut menyusup masuk ke dalam jiwa Ustaz Hanafi sendiri. Beliau percaya yang orang Melayu juga mempunyai sistem beladiri yang tidak kalah dengan beladiri asing. Ustaz Hanafi terpaksa mengembara sekali lagi untuk mencari ilmu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk membela diri, menyebabkan beliau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan dan rintangan.
   Namun akhirnya, Ustaz Hanafi berjaya menemui Yahya Said, yang selama 40 tahun telah menyimpan amanat Panglima Tok Rashid. Silat Cekak akhirnya dilahirkan semula pada malam 5 Ramadhan, 1385 Hijrah (28 Disember 1965).
     Pada mulanya, silat ini dikembangkan di bawah pergerakan kebudayaan Perkumpulan Sari Seni Budaya Sri Kedah. Ustaz Hanafi sendiri ketika itu adalah ketua Seksyen Silat dalam kelab tersebut melantik Yahya Said untuk mengajar Silat Cekak kepada semua ahli Seksyen Silat termasuklah beliau sendiri.
    Akhirnya, Ustaz Hanafi dikhatamkan sendiri oleh Yahya sendiri dan diberi mandat sebagai guru untuk mengembangkan silat ini. Yahya Said pula balik ke Perak dan tidak lagi mengajar setelah misi beliau membawa amanah Panglima telah berjaya dilaksanakan.
   Selepas dikhatamkan, Ustaz Hanafi mula mengembangkan silat ini, pada mulanya di Sungai Petani dan kemudiannya di Bukit Mertajam di antara tahun 1968 dan 1969.
     Silat ini mula dikembangkan di Kuala Lumpur dengan kelas pertama di Kg. Bumiputera dan Kg. Datok Keramat di bawah Persatuan Bawean Putera (1970-19 Ogos 1971) dan kemudian didaftarkan sebagai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) beralamat di No. 32, Jalan Hj. Sirat, Kampung Baru (kemudian dipindahkan ke Bangunan Silat Cekak di alamat Bangunan Silat Cekak, Jalan Sentul, Kuala Lumpur mulai pada 21 Februari 1985.


SUKATAN PELAJARAN DAN PERINGKAT PERSILATAN

  • Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.
  • Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan lawan.
  • Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah Asas dan Buah Jatuh jika pesilat Cekak lain cuba menggunakan buah Silat Cekak ke atas diri kita
  • Buah Serang - Serangan kepada pihak lawan, jika dielak pasti kena, jika ditepis kita akan menangkap dan menjatuhkan lawan. Ia juga boleh menyerang sambil menangkap (cekak menyerang, cekak menangkap).
  • Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk digunakan secara praktikal. Pada peringkat ini juga para pesilat akan diajar cara - cara untuk berhadapan dengan pengamal seni beladiri yang lain.

          Untuk pengetahuan semua, sekarang aku tengah mempelajari Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi dibawah program Citra UKM. Peringkat persilatan yang tengah aku belajar adalah peringkat buah asas dan peringkat buah jatuh. Alhamdulillah setakat ini sukatan yang diajar tidak melanggar syariat islam. Bagi pelajar UKM, aku sarankan korang untuk sertai Silat Seni Cekak Ustaz Hanafi samada melalui program citra mahupun dibawah kelab itu sendiri. Memang tak rugi sertai Silat ini. Baiklah, itu  sahaja  perkongsian aku pada kali ini. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat pada masa hadapan. Inshaa Allah :) Jumpa lagi di lain hari dan masa. Terima kasih sudi baca blog aku. Sekian.

Kalau korang tertanya tanya apa itu SILAT SENI CEKAKUSTAZ HANAFI, aku ada sediakan link untuk korang tengok serba sedikit. Semoga membantu :)

https://www.youtube.com/watch?v=aGmyOM0edGw
https://www.youtube.com/watch?v=_Jqjz4y8eJs




BUAH ASAS SILAT SENI CEKAK HANAFI


"OVERCOMES MY LIMIT"

Wednesday, 9 November 2016

281016

Assalamualaikum dan hai semua :)

Mesti tertanya tanya apa benda "281016" ni kan ?! 
Okay, sebenarnya ia merupakan tarikh family day aku di melaka. huhu :)

Jarang sebenarnya family aku nak buat family day ni. Antara sebabnya ialah kekangan masa dan kekangan wang. Semua busy dengan jadual masing masing. fuhhh. 

Aku memang sangat gembira masa family aku termasuk family besar sebelah ibu bincang nak buat family day. Teruja gila kot! (hahaha) Dan kebetulan masa ni tengah cuti midsem. Memang aku ambil peluang join family day. 

Yela kan, stress manjang duduk UKM ni. Banyak assignment nak kena hantar, dengan presentation lagi. Fuhhh, kehidupan universiti ni mencabar wei! Lagi- lagi aku daripada Matrikulasi. Nak cakap yang memang terasa sangat perbezaan dia! Tapi itu bukan penghalang buat aku untuk mengalahkan! Macam pendorong semangat lah semua ni . hahaha okay jauh melencong ni. Maafkan aku. Okay kembali kepada topik asal.

Nak cerita dekat sini, bincang punya bincang punya bincang, semua setuju pergi family day dekat melaka selama 3 hari 2 malam. First day sampai melaka, memang penat sangat sebab ambil masa yang lama juga untuk sampai sana atas sebab tak tahu jalan. Sampai sampai terus check in hotel.  Memang terbaring atas katil lah ceritanya. (huhu)

*Hari first sampai melaka



Hari kedua, pagi pagi lagi kami sudah siap siap nak  ke wonderland. Fuhhhhh sampai sana memang ramai orang sebab hari minggu kann. 

*Gambar sebelum mandi

Nak dipendekkan cerita, aku dapat hilangkan stress aku dan dapat lupakan sekejap uni'S life. Memang seronok sebab sepupu semua sporting. Yang tua jadi muda kejap , yang muda kekal muda.

Malamnya kami ke dataran pahlawan. Kami naik beca, memang seronok sebab sepanjang perjalanan aku dapat tengok negeri melaka yang hidup. (kuala pilah malam malam kedai dah tutup, tu yang macam gayat sikit).  heheheheh. Memang cantik wei aku cakap, percayalah cakap aku. (hahaha) Pakcik beca tu banyak cerita mengenai Melaka. Siap tunjuk lagi pokok melaka. (kelas kau jah)

*acah bawa beca lebih 

Hari ketiga, kami pergi melawat muzium melaka dan erjalan jalan di sekitar bandaraya melaka.(kali ni jalan kaki je). Di bahagian belakang Taman Merdeka, terdapat beberapa buah muzium. Antaranya, Muzium Setem Melaka, Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Muzium Layang-Layang dan Muzium UMNO. Sebuah kereta api dan kapal terbang lama jugturut dipamerkan di hadapan muzium tersebut.



kapal terbang semasa perang.



Kereta api tanah melayu pertama di melaka.


Puas berjalan jalan disekitar melaka, kami pun pulang. Ha sebelum pulang ke UKM aku sempat singgah di Pantai Klebang Melaka. Dekat sinilah aku mengucapkan selamat tinggal dan bersalaman dengan ahlli keluargaku yang lain. (sob sob sedih).



*My happy pills*

Setakat sini sahaja coretan aku hari ini. Terima kasih kepada yang sudi baca . Love you :)



"OVERCOMES MY LIMIT"




Tuesday, 8 November 2016

KURSUS FASILITATOR TAHAP 1 (UKM)

Assalamualaikum dan hai semua :)

Baiklah pengisian blog aku pada kali ini adalah mengenai "Kursus Fasilitator Tahap 1".

Masih ingat lagi blog aku yang lepas mengenai UPSM? 
Yang masih ingat tu tahniah! Yang tak ingat tu, hahahaha korang tengoklah sendiri.

Pada 22-24 Oktober 2016, aku telah menyertai Kursus Fasilitator Tahap 1 (KF1) anjuran Urusetia Pembangunan Sumber Manusia(UPSM) dengan kerjasama pihak Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni(PMMPA). Seramai 78 orang yang telah menyertai  KF1 ini.

Memang banyak aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ini berlangsung (tak rugi join).

       Aktiviti pertama merupakan aktivti pembentukan kumpulan. Para fasi mengklasifikasikan kami kepada beberapa sifat peribadi seperti berani. Aku dengan rela hati pergi ke Kumpulan BERANI. (hahahah acah sikit) Selepas pembentukan kumpulan, kami diberi masa untuk melantik ketua kumpulan, menghasilkan motto, logo, pantun dan sorakan kumpulan kami sendiri. Kami disuruh membentangkan dikhalayak ramai. Banyak yang aku dapat daripada aktiviti pertama ini. Antaranya; melatih sikap kerjasama antara ahli kumpulan, berfikiran secara kritis dan pandai menghadapi cabaran.

        Aktiviti seterusnya ialah "night walk" di dalm hutan pada tengah malam. Sebelum aktiviti bermula, kami disuruh untuk berkumpul. Fasilitator yang bertugas memberitahu pantang larang yang tidak patut kami lakukan sepanjang "night walk" berlangsung. Natijah daripada aktiviti yang dilakukan ialah "kegelapan malam" ibarat cabaran. Jika kita tidak berani untuk melawan atau menghadapi cabaran tersebut, kita tidak akan keluar daripada kepompong yang lama. Dalam konteks kita sebagai pelajar, sekiranya kita tidak berani mennghadapi cabaran, kita tidak akan cemerlang.

         Selain itu, aktiviti  explorace turut dijalankan. Sikap kerjasama antara kumpulan amat menyerlah ketika ini kerana kami bertungkus lumus untuk menghabiskan explorace ini. Banyak idea yang dapat dijana sepanjang aktiviti ini. Seterusnya merupakan aktivitiyang mencabar mental kami kerana para fasilitator memainkan peranan penting untuk kami memikirkan cara bagi "memadam api secara berpasukan". Haaaa ! waktu ni  memang geram gila sebab mereka memang bagi tekanan kepada kami secara berterusan. Alhamdulillah setelah melakukan banyak kali percubaan, pada percubaan ke 144 kali kami berjaya memadamkan api secara berkumpulan.

           Okay, banyak lagi nak tulis sebenarnya tapi cukuplah ni. Akhir sekali, apa yang aku dapat daripada KF! ini ialah aku dapat melatih sifat kepimpinan dalam diri disamping dapat melatih diri menjadi seorang fasilitator yang kuat mental dan fizikal.  Selain itu, pemikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah attau dalam kata lain "berfikir diluar kotak".

             Itu sahaja untuk pengisian kali ni, terima kasih kerana sudi membaca  penulisan aku yang tak seberapa ini. Doakan aku nak final ni.Seram kot. Hahahahaha. okay aku pun doakan korang berjaya :) Sekian.





*Gambar bersama barisan fasilitator UPSM


#gerakbersama
#kf1
#upsm


" OVERCOMES MY LIMIT"



Monday, 7 November 2016

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Assalamualaikum dan hai semua :)

Pengisian blog kali ini adalah mengenai URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA atau lebih dikenali sebagai UPSM. Haaa ! 

Apa itu UPSM?!

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan sebuah urusetia universiti yang berdaftar dibawah Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Alumni (PPMPA) UKM. Pada awal penubuhannya UPSM berperanan dalam membantu HEP sebagai fasilitator universiti yang menjalankan kursus-kursus dalam dan luar universiti serta membangunkan aspek latihan kepada mahasiswa.

Kini UPSM meneruskan kesinambungannya sebagai fasilitator terlatih dan bergerak sebagai satu pergerakan mahasiswa dengan mempunyai pengalaman yang luas dalam kegiatan berunsur kemasyarakatan serta kemahiran dalam bidang kefasilitatoran dan latihan mahasiswa.

UPSM kini lebih maju kehadapan dlm bidang kefasilitatoran mahasiswa
dengan penglibatan sebagai tenaga fasilitator jemputan/urusetia sokongan dalam acara latihan(training) dan penganjuran aktiviti oleh syarikat-syarikat luar serta badan korporat seperti MPOB, GS Paper, MuruJaya Training&Events Sdn Bhd, dan beberapa lagi syarikat.

"Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada Masyarakat Kami Kembali"


Matlamat UPSM

  1. Meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar.
  2. Melatih pelajar prihatin dan bersahsiah tinggi 
  3. Memperluaskan peranan sebagai mahasiswa dan berbakti kepada masyarakat.

LAGU UPSM : GERAK BERSAMA

Harumkan UPSM kita,
Ketengah gelanggang,
Menyahut cabaran.

Tegakkan perjuangan kita,
Seia sekata,
Gerak bersama.

***
Maju harus terus maju,
Biar cabaran kuat menduga,
Juang terus berjuang,
Biar cemerlang warisan kita.

Harumkan UPSM kita,
Timbul tenggelam,
kita bersama.

Tegakkan perjuangan kita,
Seia sekata,
Gerak bersama.

ulang ***

Harumkan UPSM kita,

Timbul tenggelam,
kita bersama,
Setia bersatu,
Gerak bersama.


Baiklah, sampai sini sahaja pengisian saya pada kali ini. Semoga dapat menjadi panduan dan sumber maklumat bagi mereka yang masih belum mengetahui atau masih tertanya tanya mengenai UPSM. sekian. Terima kasih :)


Macam biasa, sis akan payung gambar :D



OVERCOMES MY LIMIT !