Thursday, 1 December 2016

5th ASEAN Art Festival 2016

1.0 PENGENALAN


                5TH UKM Asean Art Festival 2016 merupakan program kali ke-5 yang dianjurkan oleh Artisukma dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM. Asean Art festival ini merupakan festival yang mengabungkan negara-negara Asia seperti Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Filipina dan Malaysia. Malaysia merupakan tuan rumah untuk festival pada kali ini. Tema pada tahun ini adalah Martial Art dimana setiap persembahan mesti mengandungi unsur-unsur kepahlawanan serta gerak geri seni mempertahankan diri.

2.0 OBJEKTIF


                Antara objektif program ini dijalankan ialah bagi memperkenalkan budaya kesenian negera-negara asia kepada mahasiswa-mahasiswa UKM serta orang ramai. Selain itu, hubungan dua hala antara sesebuah negara dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi. Disamping itu, festival ini menggalakkan para mahasiswa untuk mengenali lbih mendalam tentang keunikan budaya Malaysia itu sendiri dan juga negara asean yang terlibat.



3.0 MAKLUMAT PERSEMBAHAN


                Persembahan yang dilakukan semasa festival telah membuka mata semua penonton yang melihat akan betapa indahnya seni budaya negara Malaysia dan negara Asean yang lain. Kami teruja untuk melihat  dan mengenali lebih mendalam tentag budaya negara asean dan sudah tentu negara tercinta Malaysia. Antara persembahan yang dilakukan ialah

PETCHABURI RAJABHAT UNIVERSITY OF THAILAND

Ø Persembahan 1 : Chinese Cymbalo & Thai Xylophone Solo
Ø  Persembahan 2 : Machap Dance
Ø  Persembahan 3 : Fon Ngiaw
Machap Dance adalah salah satu tarian Fon di wilayah utara Thailand. Penari ini akan dapat menolak beberapa bahagian badan sendiri seperti bahu, dada, kaki dan kaki untuk membuat bunyi yang kuat secara serentak. Pada masa lalu, tarian ini adalah sebahagian daripada seni mempertahankan diri di mana mereka menari sebelum berjuang yang bertujuan untuk menakutkan pihak lawan dan membuat mereka hilang sabar.
Fon Ngiaw diadaptasi dari tarian ini daripada Ngiaw atau Shan orang di Burma. Princess Dara Rassame Raja Chulalongkom (Rama V) memberitahunya guru dramanya untuk menyesuaikan diri tarian Shan untuk persembahan pentas. Irama lagu itu adalah campuran muzik Burma dan Shan dan teks adalah bersifat mengucapkan syukur.

PERSATUAN PELAJAR INDONESIA
Ø  Persembahan 1 : Tarian Indang
Ø  Persembahan 2 : Nyanyian lagu Ayam Den Lapeh
Tarian Indang adalah tarian yang berasal dari Padang, Indonesia. Manakala lagu Ayam Den Lapeh adalah sebuah lagu rakyat dari Sumatera Barat, Indonesia. Lagu ini adalah ungkapan perasaan kehilangan sesuatu yang berharga, yang kemudiannya memberi maksud dengan (ayam).

 UNVERSITI EKONOMI DAN PERNIAGAAN VIETNAM
Ø  Persembahan 1 : The Flower of Red
Ø  Persembahan 2 : Wake To Go
Persembahan ini umpama tawaran askar muda mengucapkan selamat tinggal kepada rumah dan merendah diri untuk menyertai peperangan. Dia dan askar sukarelawan lain bangkit untuk menentang penjajah. Ibu mereka masih duduk diam melalui perlindungan yang tidak berkesudahan matahari terbenam berkabus. Di kampung halamannya, gunung yang tinggi, terdapat ibu yang sangat menyayanginya dan dia telah berkorban untuk keamanan negara. Gunung di mana dia gugur di medan perang telah dibakar oleh bunga merah di dalam hutan yang sangat jauh.
Persembahan Wake To Go pula merupakan persembahan yang menggalakkan semua rakyat di sesebuah negara menentang penjajah demi untuk mencapai keamanan negara.

NATIONAL UNVERSITY OF LAOS
Ø  Persembahan 1 : Jewel to Mekong
The Jewel of Mekong menawarkan anda peluang untuk meneroka Sungai Mekong dan kehidupan tradisional Laos dari perspektif lain. Laos adalah benar-benar sebuah negara Mekong, sungai yang sangat panjang. Sungai tersebut juga tenang, iaitu permata yang belum diterokai di Asia Tenggara dengan hanya 4.1 juta orang. Walaupun fakta bahawa ia telah banyak dibom dalam 60-an dan awal 70 budaya dan pemandangan yang tetap utuh, dari pergunungan hijau subur Utara kepada khazanah arkeologi purba Selatan. Dikatakan bahawa di Laos anda boleh berbaring dan mendengar pertumbuhan padi.

DE LA SALLE UNIVERSITY ANILA FILIPINA
Ø  Persembahan 1 : UYAUY
Ø  Persembahan 2 : MAGLALATIK / MAGBABAO
Ø  Persembahan 3 : SOHTEN
Uyuay adalah tarian istiadat daripada rakyat utara Ifugao. Ia dilakukan oleh keluarga kaya. Manakala Maglatalatik atau Magbabao adalah tarian yang mewakili kekuatan dan ketangkasan para penuai anggur kelapa di wilayah laguna. Ia juga menggambarkan pertembungan dan persahabatan China dan Moros, dengan itu seluar berwarna yang berbeza.
Sohten adalah tarian pahlawan semua lelaki dari selatan Pulau Mindanao dan di mata rakyat Subanen. Ini dilakukan sebelum pertempuran yang hebat untuk menyenangkan hati Tuhan dan meminta perlindungan dan keberkatan.



UNIVERSITI KEBBANGSAAN MALAYSIA DAN SUDAN
Tarian Budaya Melayu dipersembahkan. Antara persembahan lain ialah pelajar dari Sudan berduet lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' bersama pelajar dari Malaysia (UKM).

4.0    KEBAIKAN / FAEDAH YANG DIPEROLEHI


                Banyak faedah yang diperoleh darripada festival yang telah dijalankan ini. Antaranya, saya dapat mengenali budaya-budaya negara asean yang lain selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang budaya negara Malaysia. Festival ini juga telah mengasah bakat-bakat terpendam dalam kalingan mahasiswa-mahasiswa UKM. Secara tidak langsung, sebenarnya festival ini telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara disamping mengukukuhkan lagi hubungan antara sesama kita. Malah program ini juga tlah mengangkat nama Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kalangan negara asean dan seterusnya di persada dunia

4.0 PENAMBAHBAIKAN


Pada pandangaan saya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah:
i)     Perancangan masa yang lebih efektif
ii)    Pemilihan pengacara yang lebih santai
iii)   Pemberian tentatif program
iv)   Pengurusan program yang lebih baik pada masa akan datang
Sehubungan itu, saya berharap agar cadangan penambahbaikan yang telah saya usulkan dapat diteliti semula agar pada masa akan datang program ini lebih meriah dan lancer,

5.0 KESIMPULAN


                Festival ini membuktikan bahawa seni  budaya merupakan salah satu identity sesebbuah negara. Perbezaan seni tari antara negara telah menunjukkan keunikan bagi negara tersebut. Malahan ianya bukanlah halangan untuk negara-negara berkomunikasi antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, festival ini telah berlangsung denga  jayanya. Sedikit penambahbaikan boleh dilakukan bagi memastikan kelancaran program di masa akan datang. Kesimpulannya, festival seperti ini perlulah dilakukan pada masa akan datang bagi memperkasakan budaya negara seterusnya dapat menikkan nama negara Malaysia diperingkat dunia.




Dibawah merupakan salah satu persembahan yang telah dilakukan semasa festival ini berlangsung:




"OVERCOMES MY LIMIT"

No comments:

Post a Comment