1.0 PENGENALAN
5TH
UKM Asean Art Festival 2016 merupakan program kali ke-5 yang dianjurkan oleh
Artisukma dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UKM. Asean Art festival ini
merupakan festival yang mengabungkan negara-negara Asia seperti Indonesia,
Thailand, Laos, Vietnam, Filipina dan Malaysia. Malaysia merupakan tuan rumah
untuk festival pada kali ini. Tema pada tahun ini adalah Martial Art dimana
setiap persembahan mesti mengandungi unsur-unsur kepahlawanan serta gerak geri
seni mempertahankan diri.
2.0 OBJEKTIF
Antara objektif program ini dijalankan
ialah bagi memperkenalkan budaya kesenian negera-negara asia kepada
mahasiswa-mahasiswa UKM serta orang ramai. Selain itu, hubungan dua hala antara
sesebuah negara dapat dijalinkan dengan lebih erat lagi. Disamping itu,
festival ini menggalakkan para mahasiswa untuk mengenali lbih mendalam tentang
keunikan budaya Malaysia itu sendiri dan juga negara asean yang terlibat.
3.0 MAKLUMAT
PERSEMBAHAN
Persembahan yang dilakukan semasa
festival telah membuka mata semua penonton yang melihat akan betapa indahnya
seni budaya negara Malaysia dan negara Asean yang lain. Kami teruja untuk
melihat dan mengenali lebih mendalam
tentag budaya negara asean dan sudah tentu negara tercinta Malaysia. Antara
persembahan yang dilakukan ialah
PETCHABURI RAJABHAT
UNIVERSITY OF THAILAND
Ø Persembahan 1 : Chinese Cymbalo &
Thai Xylophone Solo
Ø Persembahan 2 : Machap Dance
Ø Persembahan 3 : Fon Ngiaw
Machap Dance adalah
salah satu tarian Fon di wilayah utara Thailand. Penari ini akan dapat menolak
beberapa bahagian badan sendiri seperti bahu, dada, kaki dan kaki untuk membuat
bunyi yang kuat secara serentak. Pada masa lalu, tarian ini adalah sebahagian
daripada seni mempertahankan diri di mana mereka menari sebelum berjuang yang
bertujuan untuk menakutkan pihak lawan dan membuat mereka hilang sabar.
Fon Ngiaw diadaptasi
dari tarian ini daripada Ngiaw atau Shan orang di Burma. Princess Dara Rassame
Raja Chulalongkom (Rama V) memberitahunya guru dramanya untuk menyesuaikan diri
tarian Shan untuk persembahan pentas. Irama lagu itu adalah campuran muzik
Burma dan Shan dan teks adalah bersifat mengucapkan syukur.
PERSATUAN PELAJAR
INDONESIA
Ø Persembahan 1 : Tarian Indang
Ø Persembahan 2 : Nyanyian lagu Ayam Den
Lapeh
Tarian Indang adalah tarian yang berasal dari Padang, Indonesia.
Manakala lagu Ayam Den Lapeh adalah sebuah lagu rakyat dari Sumatera Barat,
Indonesia. Lagu ini adalah ungkapan perasaan kehilangan sesuatu yang berharga,
yang kemudiannya memberi maksud dengan (ayam).
UNVERSITI EKONOMI
DAN PERNIAGAAN VIETNAM
Ø Persembahan 1 : The Flower of Red
Ø Persembahan 2 : Wake To Go
Persembahan ini umpama tawaran askar muda mengucapkan selamat
tinggal kepada rumah dan merendah diri untuk menyertai peperangan. Dia dan
askar sukarelawan lain bangkit untuk menentang penjajah. Ibu mereka masih duduk
diam melalui perlindungan yang tidak berkesudahan matahari terbenam berkabus.
Di kampung halamannya, gunung yang tinggi, terdapat ibu yang sangat
menyayanginya dan dia telah berkorban untuk keamanan negara. Gunung di mana dia
gugur di medan perang telah dibakar oleh bunga merah di dalam hutan yang sangat
jauh.
Persembahan Wake To Go pula merupakan persembahan yang menggalakkan
semua rakyat di sesebuah negara menentang penjajah demi untuk mencapai keamanan
negara.
NATIONAL UNVERSITY OF
LAOS
Ø Persembahan 1 : Jewel to Mekong
The Jewel of Mekong menawarkan anda peluang untuk meneroka Sungai
Mekong dan kehidupan tradisional Laos dari perspektif lain. Laos adalah
benar-benar sebuah negara Mekong, sungai yang sangat panjang. Sungai tersebut
juga tenang, iaitu permata yang belum diterokai di Asia Tenggara dengan hanya
4.1 juta orang. Walaupun fakta bahawa ia telah banyak dibom dalam 60-an dan
awal 70 budaya dan pemandangan yang tetap utuh, dari pergunungan hijau subur
Utara kepada khazanah arkeologi purba Selatan. Dikatakan bahawa di Laos anda
boleh berbaring dan mendengar pertumbuhan padi.
DE LA SALLE UNIVERSITY ANILA FILIPINA
Ø Persembahan 1 : UYAUY
Ø Persembahan 2 : MAGLALATIK / MAGBABAO
Ø Persembahan 3 : SOHTEN
Uyuay adalah tarian istiadat daripada rakyat utara Ifugao. Ia
dilakukan oleh keluarga kaya. Manakala Maglatalatik atau Magbabao adalah tarian
yang mewakili kekuatan dan ketangkasan para penuai anggur kelapa di wilayah
laguna. Ia juga menggambarkan pertembungan dan persahabatan China dan Moros,
dengan itu seluar berwarna yang berbeza.
Sohten adalah tarian pahlawan semua lelaki dari selatan Pulau
Mindanao dan di mata rakyat Subanen. Ini dilakukan sebelum pertempuran yang
hebat untuk menyenangkan hati Tuhan dan meminta perlindungan dan keberkatan.
UNIVERSITI
KEBBANGSAAN MALAYSIA DAN SUDAN
Tarian Budaya Melayu dipersembahkan. Antara persembahan lain ialah
pelajar dari Sudan berduet lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' bersama pelajar dari
Malaysia (UKM).
4.0 KEBAIKAN / FAEDAH YANG DIPEROLEHI
Banyak faedah yang diperoleh darripada
festival yang telah dijalankan ini. Antaranya, saya dapat mengenali
budaya-budaya negara asean yang lain selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan
tentang budaya negara Malaysia. Festival ini juga telah mengasah bakat-bakat
terpendam dalam kalingan mahasiswa-mahasiswa UKM. Secara tidak langsung,
sebenarnya festival ini telah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara
disamping mengukukuhkan lagi hubungan antara sesama kita. Malah program ini
juga tlah mengangkat nama Universiti Kebangsaan Malaysia dalam kalangan negara
asean dan seterusnya di persada dunia
4.0
PENAMBAHBAIKAN
Pada pandangaan
saya, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah:
i) Perancangan masa yang lebih efektif
ii) Pemilihan pengacara yang lebih santai
iii) Pemberian tentatif program
iv) Pengurusan program yang lebih baik pada
masa akan datang
Sehubungan itu, saya
berharap agar cadangan penambahbaikan yang telah saya usulkan dapat diteliti
semula agar pada masa akan datang program ini lebih meriah dan lancer,
5.0 KESIMPULAN
Festival ini membuktikan bahawa seni budaya merupakan salah satu identity
sesebbuah negara. Perbezaan seni tari antara negara telah menunjukkan keunikan
bagi negara tersebut. Malahan ianya bukanlah halangan untuk negara-negara berkomunikasi
antara satu sama lain. Secara keseluruhannya, festival ini telah berlangsung
denga jayanya. Sedikit penambahbaikan
boleh dilakukan bagi memastikan kelancaran program di masa akan datang.
Kesimpulannya, festival seperti ini perlulah dilakukan pada masa akan datang
bagi memperkasakan budaya negara seterusnya dapat menikkan nama negara Malaysia
diperingkat dunia.
Dibawah merupakan salah satu persembahan yang telah dilakukan semasa festival ini berlangsung:
"OVERCOMES MY LIMIT"