Tuesday, 20 September 2016

TAK KENAL MAKA TAK CINTA :)

            Nama diberi dulu kini dan selamanya Latifah Robbaniyyah Binti Sri Mohamad.  Cubo toko den berasal dari nogori apo ? Nogori apo yang paling koghing kek semenanjung Malaysia ni ? dah tentulah NEGERI SEMBILAN yo ! Anak jati negeri sembilan sebab ibu ayah saya kedua-duanya berasal dari negeri tercinta NEGERI SEMBILAN. 

Okay ni gambar den dengan mak den :) 


Ibu aku  bernama RUZILA BINTI HAMZAH berasal dari Kampung Felda Pasoh Dua. 

Yang ni ayah aku. 


Ayah aku bernama SRI MOHAMAD BIN ADAM berasal dari Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti. 

        Aku merupakan anak sulung kepada 4 adik beradik dan dilahirkan pada 30 Ogos 1997. Walaupun merangkap kakak dalam kalangan adik beradik , aku sangat manja dengan ibu aku :) Bila ada masalah seperti gaduh dengan kawan , dapat markah rendah ,tak dapat fokus dalam kelas aku akan ceritakan kepada ibu aku. Ibu akan selalu bagi aku nasihat yang membina . Aku sangat sayangkan ibu dan ayah aku . Walaupun tak dilahirkan dalam suasana keluarga yang kaya ,berada dan seangkatan dengannya , aku tetap bersyukur dengan apa  yang ALLAH dah tetapkan untuk aku mahupun keluarga aku sendiri .

hee :) Gambar kat bawah ni merupakan adik-beradik aku. Untuk pengetahuan je lah kan , kami adik beradik memang takde rupa langsung , kalau orang nogori cakap "takdo ghoman langsung". hahaha 


         
       Makanan kegemaran aku , semua jenis kuey teow . Tak kiralah kuey teow kungfu , kuey teow goreng mamak semua aku balun .Ha ! lagi satu aku  ni kuat makan . Kalau diberi pilihan antara makanan dengan bunga atau hadiah lain ,aku prefer MAKANAN ! Hihihi , hidup penuh dengan makanan. Bila stress makan ,bila gembira makan , bilalah nak kuruskan . kahkahkah . Air kegemaran aku Teh o suam , suam tau bukan panas !


Ya Allah sedapnya wei ! Kocur air liur den nengok eh . hhahaha .

"Last but not least" bak kata orang inggeris haha , sis nak payung gambar family sis masa raya 2016 :)




      Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya , tapi cukuplah sampai sini je . Jangan lupa follow aku di instagram (@si.kodok) . Terma kasih sebab sudi baca blog aku . Sekian :)




  OVERCOMES MY LIMIT ! 





3 comments: