Tuesday, 27 September 2016

#PetronRoadSafety

Okay. aku nak post mengenai aktiviti aku hari ni di UKM :)

Aku nak cerita dululah macam mana boleh sertai aktiviti ni . Aku under sekretriat Majlis Tertinggi Kolej Ungku Omar. Kiranya, satu hari ni dapat whatsapp dalam group MT PEEP inform mengenai aktiviti ni. Pada awalnya aku malas nak join tau , tapi disebabkan program ni macam tak dapat sambutan dalam group MT PEEP, jadi aku pun dengan relanya join. 

hahahahahahaahah .nampak macam terpaksa kan ? memang pun . awal awal je :) tapi lepas sertai aktiviti ni , jadi seronok pulak :) Bagi aku lah kan , kalau  nak sesuatu jadi seronok , kita yang kena ada usaha untuk buat sesuatu itu jadi seronok :) Jadi aku positif lah join program ni .

Antara aktiviti yang dilakukan ialah kau kena cari stamp sebanyak yang mungkin untuk dapatkan free gift. Ha time ni lah aktiviti ni jadi seronok sebab aku enjoy and saja saja release tension dengan roommate aku :) Roommate aku pun melayan aku ni :) Seronoknya dapat roommate macam ni . hehe 

Sempatlah kan selfie :)

stamp tu kena cop atas paper ni :)


Yang ni pulak , kitorang kena ambil gambar then post dekat laman social , and aku post dekat ig aku @si.kodok hehehe , olehlah follow ig aku ye :*


And the result is 
TADAAAA ! Kami dapat kereta , kalau boleh nak ternak kereta tu jadi besar , takyah susah-susah nak beli kereta lagi kannn . Siapa taknak kereta HONDA kann . Tapi tu semua angan-angan . AHAHAGAHAGAHAG !



Bahagiakan muka kami ? Nampak tak dekat situ apa yang aku cuba sampaikan ? 
BILA KITA ANGGAP SESUATU ITU MENYERONOKKAN , IANYA AKAN 
JADI SERONOK :) 

okay lah , itu sahaja. Banyak sangatlah pulak aku post hari ni >.< hahahahaha . 
Sekian .

*asyik bagi gambar acah cun je kan , meh sis payung gambar passport sis :)*


OVERCOMES MY LIMIT !


AKHIRNYA !

YEAAYYYYYYYY !

 Aku ada berita baik :) Akhirnya aku dah tahu cara nak masukkan lagu dalam blog :) wahhh happynya :)

Setelah bertungkus lumus cari cara nak masukkan lagu dalam blog ,  tadi 4.30pm 27/9/16 akhirnyya aku berjaya masukkan lagu dalam blog aku ! 

So dekat sini aku bagi lah sikit video cara-cara nak insert lagu dalm blog bagi yang tak tahu macam aku ni suatu ketika dahulu . (acewahhh ayat kalau boleh nak lagi baku) 

Jadi inilah video yang menjadi panduan buat aku . korang boleh klik link kat bawah ni :) Harap berguna . muahhh much of love :*

Monday, 26 September 2016

PERTAMA KALI

Okay hari ni aku nak cerita pula mengenai "pertama kali" aku masuk ke kelas Aplikasi Komputer :)

Sebelum aku cerita pandangan pertama aku dengan lebih lanjut , eloklah aku memperkenalkan Pensyarah aku dulu .  So here my lecturer :)


Diberi nama DR. NORAZILA BT MAT
Untuk penngetahuan semua beliau seorang yang komited dalam kelas . Merupakan seorang yyang tegas tapi ada lembutnya . Kiranya "dalam hati ada taman" gitu :)  hahaha

Seronok belajar dengan beliau sebab beliau mengajar dengan sangat teliti sehinggalah anak muridnya faham :) Tips , fokuslah dalam kelas ! Kalau tak fokus mana nak fahamnya dik oi ! hahahaha . Ittu salah korang sendirilah ! Orang suruh belajar hangpa pi buat benda lain pasaipa ? ha keluar bahasa kedah aku yanng broken ni >.<

Oh pasal first impression aku ? Mula-mula tu macam biasalah kan . Mestilah cuak gak . Tambahan lagi , aku ni buta IT . Ha lagi lah kau , seram mak ! kahkah terover excited pulak >.< Eh tapi aku teruja tau belajar Aplikasi Komputer ni :)  nak tahu sebab apa ? Sebab aku dapat ilmu baru . Banyak yang aku tak tahu mengenai komputer ni. Walaupun cuma basic je , aku tetap teruja , HAHAHAHAHAHA :)

Harapan aku , habis je aku menuntut ilmu Aplikasi Komputer , aku dapat  menggunakan kemahiran yang telah diajar dengan sebaiknya :)Takdelah lepas ni orang dok gelar aku "buta IT" . Aku nak jadi BEST STUDENT dekat UKM ni . ha kalau boleh aku nak try jadi artis sukma . acecececeh :) Nak jugak lontarkan suara aku yang dah lama terkubur ni :p *acah hot je an .Macam lari dari topik pulakkan :) hehe biasalah , bila si.kodok berbicara :) 

okay sampai sini je lah .hehe . eh  kejap-kejap ,nak tanya ni macam mana nak letak lagu dekat blog ek >.< hahahaha sampai sekarang masih tak tahu lagi . Suruh member ajarkan , manjang lupa je . haha . Kalau korang tahu , mai leh share dekat sini . Kita bantu orang , Allah bantu kita . sekian sahaja :)




OVERCOMES MY LIMIT !

Tuesday, 20 September 2016

TAK KENAL MAKA TAK CINTA :)

            Nama diberi dulu kini dan selamanya Latifah Robbaniyyah Binti Sri Mohamad.  Cubo toko den berasal dari nogori apo ? Nogori apo yang paling koghing kek semenanjung Malaysia ni ? dah tentulah NEGERI SEMBILAN yo ! Anak jati negeri sembilan sebab ibu ayah saya kedua-duanya berasal dari negeri tercinta NEGERI SEMBILAN. 

Okay ni gambar den dengan mak den :) 


Ibu aku  bernama RUZILA BINTI HAMZAH berasal dari Kampung Felda Pasoh Dua. 

Yang ni ayah aku. 


Ayah aku bernama SRI MOHAMAD BIN ADAM berasal dari Kampung Gunung Pasir, Seri Menanti. 

        Aku merupakan anak sulung kepada 4 adik beradik dan dilahirkan pada 30 Ogos 1997. Walaupun merangkap kakak dalam kalangan adik beradik , aku sangat manja dengan ibu aku :) Bila ada masalah seperti gaduh dengan kawan , dapat markah rendah ,tak dapat fokus dalam kelas aku akan ceritakan kepada ibu aku. Ibu akan selalu bagi aku nasihat yang membina . Aku sangat sayangkan ibu dan ayah aku . Walaupun tak dilahirkan dalam suasana keluarga yang kaya ,berada dan seangkatan dengannya , aku tetap bersyukur dengan apa  yang ALLAH dah tetapkan untuk aku mahupun keluarga aku sendiri .

hee :) Gambar kat bawah ni merupakan adik-beradik aku. Untuk pengetahuan je lah kan , kami adik beradik memang takde rupa langsung , kalau orang nogori cakap "takdo ghoman langsung". hahaha 


         
       Makanan kegemaran aku , semua jenis kuey teow . Tak kiralah kuey teow kungfu , kuey teow goreng mamak semua aku balun .Ha ! lagi satu aku  ni kuat makan . Kalau diberi pilihan antara makanan dengan bunga atau hadiah lain ,aku prefer MAKANAN ! Hihihi , hidup penuh dengan makanan. Bila stress makan ,bila gembira makan , bilalah nak kuruskan . kahkahkah . Air kegemaran aku Teh o suam , suam tau bukan panas !


Ya Allah sedapnya wei ! Kocur air liur den nengok eh . hhahaha .

"Last but not least" bak kata orang inggeris haha , sis nak payung gambar family sis masa raya 2016 :)




      Banyak lagi aku nak cerita sebenarnya , tapi cukuplah sampai sini je . Jangan lupa follow aku di instagram (@si.kodok) . Terma kasih sebab sudi baca blog aku . Sekian :)




  OVERCOMES MY LIMIT !